Terdapat juga beberapa aktiviti yang dijalankan pada tahun 2010 sepanjang hari Rabu iaitu hari koko. Aktiviti-aktiviti ini dijalankan oleh semua ajk tertinggi KRS dan disertai oleh pelajar-pelajar KRS SMK Puteri. Semua aktiviti dibawah pengawasan guru-guru penasihat KRS.
Antara aktivitinya ialah :
- Pengenalan KRS kepada para pelajar tingkatan satu 2010
- Ujian kenaikan pangkat tingkatan 1
- Sukaneka - memecahkan belon , musical chair
- Kuiz KRS
- Sukaneka - memenuhkan botol kosong menggunakan sudu
- Belajar ikatan
Terdapat juga beberapa pencapain dan kejayaan yang diperoleh oleh kami dalam pertandingan yang kami sertai.
Antaranya ialah :
- Pertandingan Kawad Kaki KRS Peringkat Daerah di SMK Mambau ( tempat ketiga )
- Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Sekolah ( johan )
- Mewakili SMK Puteri ke Perkhemahan Daerah di Ulu Bendul , Kuala Pilah ( Siti Suraya , Fatimah Najah , Anis Shaheera , Nor Adilah )
- Mewakili SMK Puteri ke Perkhemahan Perdana KRS Peringkat Kebangsaan ke-10 tahun 2010 ( Nurul Huda , Faniza Hanani )
No comments:
Post a Comment